Friday, March 9, 2012

Tip-tip Lisan 2012

Saya akan memasukkan beberapa panduan yang pernah dibincangkan di dalam kelas di sini secara bertahap. Sebelum hari peperiksaan tiba, kamu bolehlah rujuk ruangan ini untuk tujuan mengulangkaji.

Panduan Bacaan

1. Pastikan kamu menggunakan sebutan baku. Sebutan baku bukan hanya tertumpu kepada vokal 'a' sahaja yang wujud di hujung perkataan, tetapi vokal-vokal lain juga harus diberi perhatian.

Contoh: Unik disebut ooounik dan bukan yunik

2. Baca lancar bukan bermakna laju dan cepat. Bacaan yang lancar bererti bacaan yang tidak tersekat-sekat ( ibarat orang gagap ! )
3. Jaga intonasi dan jeda ketika membaca.
4. Intonasi bererti nada suara yang dinaikkan dan diturunkan mengikut kesesuaian ayat. Tujuan ini dilakukan agar dapat mengelakkan suara yang mendatar lantas membosankan orang yang sedang mendengar.
5. Jeda bererti kamu harus berhenti mengikut tempat-tempat yang sesuai walaupun tiada koma.
6. Elakkan daripada mengulangi perkataan yang kamu tersalah sebut.

Panduan Menerangkan Gambar

Ikut panduan di bawah ini untuk menerangkan gambar agar penerangan yang kamu berikan lengkap dan bermakna.

1. Terangkan gambar secara keseluruhan dengan menyentuh tentang - tempat/aktiviti/latar.
2. Berikan sebab/ bukti untuk menyokong apa yang kamu nyatakan dalam 1.
3. Apakah tujuan aktiviti itu dijalankan ?
4. Jelaskan apa yang dilakukan oleh watak ( atau watak-watak ) yang berkaitan dengan aktiviti. ( Berikan sekurang-kurangnya 3 contoh )
- apa yang sedang dilakukan
- perasaan watak
5. Apakah manfaat yang diraih daripada aktiviti ini ? ( 2-3 contoh )
- Bagi memulakan perbualan bahagian ini, kamu boleh nyatakan jika diberi peluang sama ada kamu akan menyertai aktiviti ini sebelum memasukkan manfaat yang akan diraih.

Berlatih dengan panduan yang telah diberikan di atas. Semasa peperiksaan, jika tidak ingat soalan-soalan di atas, kamu bolehlah ingat PiPi SAMMBoB. Dengan mengingati itu, kamu akan menyentuh semua soalan-soalan di dalam panduan di atas ini.

APA ITU PiPi SAMMBoB ??

Pi = Perasaan
Pi = Pendapat
S = Siapa ( watak-watak di dalam gambar )
A = Apa ( Apa aktiviti / latar dalam gambar )
M = Mengapa ( Mengapa aktiviti dilakukan )
M = di Mana ( Tempat aktiviti sedang dan boleh berlangsung )
Bo = Bila ( Bila biasanya aktiviti ini dijalankan )
B = Bagaimana ( Bagaimana aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada watak-watak di dalam gamabar mahupun kita, masyarakat secara umum )

Pastikan kamu menerangkan dalam bahasa baku dan lancar. Jangan berhenti untuk berfikir terlalu lama. Bergerak dari satu arah ke arah yang lain dengan cepat agar dapat idea untuk teruskan perbualan.

Panduan Perbualan

Penggunaan bahasa ketika berbual

1. Gunakan BAHASA BAKU. Ini bermakna bahasa standard, bahasa tulisan. Sebaik-baiknya gunakan juga sebutan baku, tetapi kalau disebabkan ingin mengunakan sebutan baku membuat kamu menghadapi kesukaran untuk menjawab, fokus kepada penggunaan bahasa yang betul iaitu bahasa baku.

Ingat ! Pemeriksa akan menilai kamu dari segi kelancaran dan isi.

2. Jangan sekali-sekali gunakan bahasa Inggeris mahupun bahasa pasar ! Jika kamu tiba-tiba terlupa versi Melayu untuk sepatah perkataan Inggeris itu, cuba jelaskan dari segi maksud perkataan tersebut.

Contoh : perkataan Inggeris 'hostel', kamu tidak tahu perkataan Melayunya tetapi tahu apa itu 'hostel', jadi apa yang kamu harus lakukan ialah jelaskan dalam bahasa Melayu apa itu 'hostel' ! Tempat di mana para pelajar tinggal yang biasanya dalam kawasan kampus.

3. Kamu harus pastikan kamu tidak membuat pemeriksa menunggu lama untuk kamu memikirkan apa yang harus dikatakan ( paling-paling 5-7 saat ). Juga JANGAN katakan " Cikgu boleh berikan saya sedikit masa untuk berfikir ".

Bagi memastikan markah yang tinggi untuk isi pula perhatikan panduan di bawah ini :

1. Sebelum kamu terus menjawab soalan yang diajukan oleh pemeriksa, pastikan kamu mulakan dengan permulaan yang ringkas ( ibarat setiap karangan - harus mempunyai perenggan pengenalan ). Jangan terlalu panjang setakat menyentuh tema dan berikan pengenalan ringkas sahaja.

Contoh: Tajuk - Kian ramai remaja yang mahir menggunakan komputer, adakah kamu salah seorang daripada mereka ?

Jawapan : Memang saya akui cikgu, bahawa kita ini berada dalam zaman komputer dan teknologi. Setiap manusia kini amat bergantung kepada komputer. Saya harus mengaku saya juga begitu. Walaupun begitu saya tidak boleh katakan bahawa saya ini mahir, setakat menggunakan perisian yang mudah dan internet, bolehlah.......( dari sini kamu langsung menjawab soalan dengan memberikan contoh-contoh yang relevan ).

2. Apabila kamu menjawab soalan pemeriksa, pastikan kamu memberi penjelasan yang cukup ( kembangkan isi ) dengan memberikan contoh-contoh yang relevan. Berikan sekurang-kurangnya 2-3 isi, setelah itu kembangkan isi dan berikan contoh-contoh ( ingat cara kamu meulis surat rasmi ? Aplikasikan teknik yang sama ).

3. Jika ada perkataan yang disebut oleh pemeriksa yang kamu tidak pasti akan maknanya, tanya pemeriksa. Nyatakan " Cikgu, maaf tetapi saya kurang pasti apakah yang cikgu maksudkan dengan XXXX ?" Setelah pemeriksa jelaskan, barulah kamu cuba menjawab. JANGAN terus cuba menjawab pertanyaan pemeriksa sebelum kamu betul-betul faham apa yang dikehendaki oleh soalan.

4. Jika kamu betul-betul ketandusan idea dan tidak dapat menjawab, imbas kembali teks yang baru dibaca ! Ini adalah kerana tema yang digunakan dalam tekslah yang bakal menjadi soalan perbualan !!! INGAT tau !

Baiklah, setakat ini sahaja. Jika ada hal-hal lain yang kamu tidak pasti, sila ajukan pertanyaan dalam ruangan komen. Saya akan menjawabnya melalui ruangan ini ya !

CIkgu

Komen Latihan Kelas 4NA 2012

Sila baca komen-komen di bawah ini. Kemudian teruskan dengan latihan kamu di LMS ( AskNLEarn) di mana saya telah sediakan beberapa latihan untuk awak. Tetapi ingat sebelum awak menekan butang 'submit' untuk hantar kepada saya agar dapat disemak, saya perlu awak pastikan awak telahpun melengkapkann ketiga-tiga bahagian iaitu Bacaan, Gambar dan Perbualan.

Friday, July 8, 2011

Tip-tip Lisan

Friday, July 1, 2011

Topik Lisan 2011

Berikut merupakan topik-topik peperiksaan lisan GCE 'O' pada tahun 2011.

1. Kesihatan tubuh badan ( mengapa perlu menjaga, adakah warga Singapura mengutamakannya, adakah ia dapat mempertingkatkan penampilan diri ).
2. Pemakanan ( amalan pemakanan yang baik yang boleh membantu dalam menjaga kesihatan ).
3. Fesyen ( yang kamu gemari....)
4. Warga tua(Bantuan yang boleh dihulurkan kepada warga tua, bagaimana mereka boleh kekal aktif dan sihat dan cara menghargai mereka dan adakah mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. )
5. Sukan ( sukan kegemaran, bagaimana untuk pupuk minat sukan dalam diri remaja, sukan dapat memupuk semangat kekitaan - setujukah ?)

Cikgu