Friday, July 8, 2011

Tip-tip Lisan

Saya akan memasukkan beberapa panduan yang pernah dibincangkan di dalam kelas di sini secara bertahap. Sebelum hari peperiksaan tiba, kamu bolehlah rujuk ruangan ini untuk tujuan mengulangkaji.

Panduan Bacaan

1. Pastikan kamu menggunakan sebutan baku. Sebutan baku bukan hanya tertumpu kepada vokal 'a' sahaja yang wujud di hujung perkataan, tetapi vokal-vokal lain juga harus diberi perhatian.

Contoh: Unik disebut ooounik dan bukan yunik

2. Baca lancar bukan bermakna laju dan cepat. Bacaan yang lancar bererti bacaan yang tidak tersekat-sekat ( ibarat orang gagap ! )
3. Jaga intonasi dan jeda ketika membaca.
4. Intonasi bererti nada suara yang dinaikkan dan diturunkan mengikut kesesuaian ayat. Tujuan ini dilakukan agar dapat mengelakkan suara yang mendatar lantas membosankan orang yang sedang mendengar.
5. Jeda bererti kamu harus berhenti mengikut tempat-tempat yang sesuai walaupun tiada koma.
6. Elakkan daripada mengulangi perkataan yang kamu tersalah sebut.


Panduan Menerangkan Gambar

Ikut panduan di bawah ini untuk menerangkan gambar agar penerangan yang kamu berikan lengkap dan bermakna.

1. Terangkan gambar secara keseluruhan dengan menyentuh tentang - tempat/aktiviti/latar.
2. Berikan sebab/ bukti untuk menyokong apa yang kamu nyatakan dalam 1.
3. Apakah tujuan aktiviti itu dijalankan ?
4. Jelaskan apa yang dilakukan oleh watak ( atau watak-watak ) yang berkaitan dengan aktiviti. ( Berikan sekurang-kurangnya 3 contoh )
- apa yang sedang dilakukan
- perasaan watak
5. Apakah manfaat yang diraih daripada aktiviti ini ? ( 2-3 contoh )
- Bagi memulakan perbualan bahagian ini, kamu boleh nyatakan jika diberi peluang sama ada kamu akan menyertai aktiviti ini sebelum memasukkan manfaat yang akan diraih.

Berlatih dengan panduan yang telah diberikan di atas. Semasa peperiksaan, jika tidak ingat soalan-soalan di atas, kamu bolehlah ingat PiPi SAMMBoB. Dengan mengingati itu, kamu akan menyentuh semua soalan-soalan di dalam panduan di atas ini.

APA ITU PiPi SAMMBoB ??

Pi = Perasaan
Pi = Pendapat
S = Siapa ( watak-watak di dalam gambar )
A = Apa ( Apa aktiviti / latar dalam gambar )
M = Mengapa ( Mengapa aktiviti dilakukan )
M = di Mana ( Tempat aktiviti sedang dan boleh berlangsung )
Bo = Bila ( Bila biasanya aktiviti ini dijalankan )
B = Bagaimana ( Bagaimana aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada watak-watak di dalam gamabar mahupun kita, masyarakat secara umum )

Pastikan kamu menerangkan dalam bahasa baku dan lancar. Jangan berhenti untuk berfikir terlalu lama. Bergerak dari satu arah ke arah yang lain dengan cepat agar dapat idea untuk teruskan perbualan.

Panduan Perbualan

Penggunaan bahasa ketika berbual

1. Gunakan BAHASA BAKU. Ini bermakna bahasa standard, bahasa tulisan. Sebaik-baiknya gunakan juga sebutan baku, tetapi kalau disebabkan ingin mengunakan sebutan baku membuat kamu menghadapi kesukaran untuk menjawab, fokus kepada penggunaan bahasa yang betul iaitu bahasa baku.

Ingat ! Pemeriksa akan menilai kamu dari segi kelancaran dan isi.

2. Jangan sekali-sekali gunakan bahasa Inggeris mahupun bahasa pasar ! Jika kamu tiba-tiba terlupa versi Melayu untuk sepatah perkataan Inggeris itu, cuba jelaskan dari segi maksud perkataan tersebut.

Contoh : perkataan Inggeris 'hostel', kamu tidak tahu perkataan Melayunya tetapi tahu apa itu 'hostel', jadi apa yang kamu harus lakukan ialah jelaskan dalam bahasa Melayu apa itu 'hostel' ! Tempat di mana para pelajar tinggal yang biasanya dalam kawasan kampus.

3. Kamu harus pastikan kamu tidak membuat pemeriksa menunggu lama untuk kamu memikirkan apa yang harus dikatakan ( paling-paling 5-7 saat ). Juga JANGAN katakan " Cikgu boleh berikan saya sedikit masa untuk berfikir ".

Bagi memastikan markah yang tinggi untuk isi pula perhatikan panduan di bawah ini :

1. Sebelum kamu terus menjawab soalan yang diajukan oleh pemeriksa, pastikan kamu mulakan dengan permulaan yang ringkas ( ibarat setiap karangan - harus mempunyai perenggan pengenalan ). Jangan terlalu panjang setakat menyentuh tema dan berikan pengenalan ringkas sahaja.

Contoh: Tajuk - Kian ramai remaja yang mahir menggunakan komputer, adakah kamu salah seorang daripada mereka ?

Jawapan : Memang saya akui cikgu, bahawa kita ini berada dalam zaman komputer dan teknologi. Setiap manusia kini amat bergantung kepada komputer. Saya harus mengaku saya juga begitu. Walaupun begitu saya tidak boleh katakan bahawa saya ini mahir, setakat menggunakan perisian yang mudah dan internet, bolehlah.......( dari sini kamu langsung menjawab soalan dengan memberikan contoh-contoh yang relevan ).

2. Apabila kamu menjawab soalan pemeriksa, pastikan kamu memberi penjelasan yang cukup ( kembangkan isi ) dengan memberikan contoh-contoh yang relevan. Berikan sekurang-kurangnya 2-3 isi, setelah itu kembangkan isi dan berikan contoh-contoh ( ingat cara kamu meulis surat rasmi ? Aplikasikan teknik yang sama ).

3. Jika ada perkataan yang disebut oleh pemeriksa yang kamu tidak pasti akan maknanya, tanya pemeriksa. Nyatakan " Cikgu, maaf tetapi saya kurang pasti apakah yang cikgu maksudkan dengan XXXX ?" Setelah pemeriksa jelaskan, barulah kamu cuba menjawab. JANGAN terus cuba menjawab pertanyaan pemeriksa sebelum kamu betul-betul faham apa yang dikehendaki oleh soalan.

4. Jika kamu betul-betul ketandusan idea dan tidak dapat menjawab, imbas kembali teks yang baru dibaca ! Ini adalah kerana tema yang digunakan dalam tekslah yang bakal menjadi soalan perbualan !!! INGAT tau !

Baiklah, setakat ini sahaja. Jika ada hal-hal lain yang kamu tidak pasti, sila ajukan pertanyaan dalam ruangan komen. Saya akan menjawabnya melalui ruangan ini ya !

CIkgu

Friday, July 1, 2011

Topik Lisan 2011

Berikut merupakan topik-topik peperiksaan lisan GCE 'O' pada tahun 2011.

1. Kesihatan tubuh badan ( mengapa perlu menjaga, adakah warga Singapura mengutamakannya, adakah ia dapat mempertingkatkan penampilan diri ).
2. Pemakanan ( amalan pemakanan yang baik yang boleh membantu dalam menjaga kesihatan ).
3. Fesyen ( yang kamu gemari....)
4. Warga tua(Bantuan yang boleh dihulurkan kepada warga tua, bagaimana mereka boleh kekal aktif dan sihat dan cara menghargai mereka dan adakah mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. )
5. Sukan ( sukan kegemaran, bagaimana untuk pupuk minat sukan dalam diri remaja, sukan dapat memupuk semangat kekitaan - setujukah ?)


Cikgu

Friday, July 9, 2010

Komen 5N Perbualan

Komen 3HML Perbualan

Komen 4E Perbualan

Komen 3HML Bacaan

Alfi
Keseluruhannya baik. Intonasi baik dan ada jeda. Sebutan rata-rata baku. 8/9

Danial
Salah sebut 'alternatif' disebut ' alternetif'. Hati-hati sebutan. Penekanan kepada perkataan harus dilakukan dengan hati-hati dan betul : 'mengurut' tekanan patut pada suku kata 'me' bukan 'ngu', 8/9.

Faiq
Kelancaran ok dan sebutan baik - konsisten dengan sebutan baku. 8/9

Faiz
Hati-hati jangan salah sebut, pastikan sebutan jelas. 8/9

Hafizah
Kelancaran baik, tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju ! Sebutan konsisten - baku - syabas. 9/10

Hazim
Keseluruhannya baik. Sebutan baku. Jeda jelas. Baik. Hati-hati pastikan kamu kekalkan kelakonan untuk seluruh teks - kerana saya tidak mahu kamu tersalah sebut ataupun gagap sampai di hujung teks. 8/9

Insyira
Kelancaran baik. Sebutan baku. Hati-hati, pastikan kamu konsisten untuk seluruh teks. Jangan terlalu laju ya apabila membaca ! 'r' jangan terlalu bergulung ya ! 9/10

Khatijah
Kelancaran, jeda dan intonasi baik. Sebutan baku juga konsisten dari segi penggunaannya. 9/10

Fithri
Suara sedap macam juruhebah ! Kelancaran ok, ada jeda dan intonasi - cuma sebutan hati-hati kerana ada perkataan yang kurang jelas sebutannya.

Nadhirah
Suara seperti juruhebah radio Ria ! Sedap, cuma jangan tekan terlalu tinggi ( intonasi) dan sebutan jangan 'ala' Inggeris - iaitu jangan 'slang'. 9/10

Nora Ardilla
Kelancaran - intonasi dan jeda dan tahap kelajuan membaca baik. Sebutan baku konsisten. 9/10

Nurhazirah
Sebutan jelas dan baku keseluruhannya. Kelancaran - jeda baik, cuma intonasi boleh diperbaiki - agak kaku, keras suasa kamu - boleh cuba dengan rakaman Ardilla. 8/9

Nurul Huda
Kelancaran baik. Sebutan baku digunakan secara konsisten. Cuma untuk meningkatkan markah, cuba tumpukan perhatian terhadap intonasi. 8/9

Syazwani
Sebutan baku digunakan. Cuma kadang-kala tersasul - hati-hati. Intonasi harus diperbaiki. Jeda ada. Tetapi kadang-kala ada ayat yang tanpa jeda. 7/8

Nurin
Sebutan, intonasi dan jeda baik. Pastikan kekal seluruh teks ya. 8/9

Sabina
Kelancaran baik dan sebutan baku. 9/10

Nuruh Syahirah
Kelancaran baik, intonasi dan jeda dijaga betul. Sebutan baik. Hati-hati ada perkataan di penghujung teks kurang jelas. 8/9

Syafiq
Suara sedap - boleh bertugas di radio ! Kelancaran dan sebutan dijaga. 9/10

Syahirah
Saya harap awak akan dapat mencerikan lagi bacaan awak ya - macam sedih sahaja ! Sebutan juga ada yang kurang jelas. 7/8

Ili
Kelancaran dan sebutan dijaga - baik. 9/10

Keseluruhannya bacaan agak memuaskan !

Thursday, July 8, 2010

Komen 5N Bacaan

Abdillah
Katak & Kodok :Macam orang malas awak baca. Tolong jangan baca begini ya semasa peperiksaan. Sebutan juga harus dijaga. Intonasi kadang-kala ok tetapi kadang-kala k.o. Buat kelakar ya awak ! 7/8

Satu lagi teks yang awak baca lebih baik tentang 'Wendy & Silat". Intonasi dan sebutan ok cuma separuh jalan kenapa ketawa....main-main ya !

AisyahRani
Kelancaran, jeda, intonasi dan sebutan ok, baik. Cuba janan 'slang Mat Salleh'. 7/8

Amir
Kelancaran, intonasi, jeda dan sebutan baik. Cuba hampir akhir teks, awak keihatan kelam-kabut sedikit. Hati-hati , konsisten seluruh bacaan tau ! Di akhir teks saya dengar macam bahasa Tamil da keluar ! 8/9

Amirrul
Kelancaran, Intonasi, sebutan dijaga baik. Cuma jeda kadang-kala tidak kena tempat dan tidak digunakan dengan baik. Apabila sudah tiba di punghujung teks, kelancaran agak terjejas...seolah-olah sudah penat ke ? 7/8

Aqilah
Lain kali jangan baca terlalu dekat dengan mikrofon ! Kelancaran, intonasi, jeda, sebutan dijaga baik. Cuma jaga sebutan seperti 'tersbut' yang awak sebut sbg 'tersebot'. 8/9

Atikah
Kelancaran, intonasi dan jeda baik. Sebutan jua ok, tiada kesalahan yang ketara. Cuma saya agak khuatir, bacaan awak agak laju - takut di penghujung teks kamu tersasul sebut ke....jangan kelam-kabut apabila membaca. Teks yang awak baca pada 010710 lebih sesuai kelancarannya. Tidak terlalu laju. 8/9

Danial
Intonasi, jeda dan kelancaran baik. Sebutan juga baku - konsisten seluruh teks. Cuma ada kalanya apabila awak sudah mula ter'sendat' kelancaran terjejas buat beberapa ayat selanjutnya. Hati-hati...kalau boleh jangan tersilap , jaga kelancaran untuk seluruh teks. 7/8

Eddy
Cuba kurangkan kepekatan sebutan huruf 'r' ya ! Kelancaran, intonasi dan jeda baik. Cuma saya kurang selesa dengan sebutan huruf 'r' awak :) 7/8

Eidzi
Sebutan ok. Kelancaran, jeda dan intonasi yang mana sempat dirakamkan nampaknya ok cuma awak kena berlatih baca keseluruhan teks agar dapat lihat sama ada konsisten tidak bacaan awak itu !

Fathuddin
Kelancaran, intonasi, jeda dan sebutan ok, baik. Berlatih terus untuuk memperbaiki bacaan awak ! 7/8

Hazirah
Kelnacaran baik - cuma macam laju gitu ! Hati-hati , kalau terlalu k=laju takut-takut awak tersilap sebut dan ini akan menjejas kelancaran. 8/9

Helmi
Kelancaran, intonasi, jeda dan intosai baik. 8/9

Iskandar
Kelancaran, intonasi dan jeda baik. "lekor' harus disebut "laykor". Ada kalanya awak agak teragak-agak. Ini akan menjejas kelancaran. 7/8

FaizDanial
Kelancaran, intonasi, jeda dan sebutan baik ! 9/10

Nabilah
Baik keseluruhannya ! 9/10

Nuraini
Kelancaran, intonasi, jeda baik. "sebenarnya" disebut sebagai "sebenarnyer" - jadi hati-hati. Mesti konsisten 8/9

Rafhan
'sebenarnya' disebut sebagai 'sebenarnyer' ! Hati-hati ya ! Kelancaran boleh dipuji. Jeda dan intonasi baik dan dijaga seluruh bacaan. "menunggang' bukan 'menonggang'. 8/9

Safirah
Kelancaran, intonasi dan jeda baik. Pastikan konsisten seluruh teks ya ! Menarik dengar bacaan awak - tidak membosankan ! Jaga sebutan - 'bahasa' awak sebut sebagai ' bahase'. 8/9

Shahirah
Kelancaran, intonasi dan jeda baik. Pastikan konsisten. Sebutan baik juga. Kedua-dua teks dibaca dengan baik. 9/10

Sofia
Kelancaran, intonsai dan jeda dijaga baik. Sebutan ok. Cuma di penghujung awak macam teragak-agak. Jadi mesti konsisten ya ! 'penjelasan' disebut 'penjelesan'. 7/8

Sufi
Kelancaran, intonasi baik. Harap konsisten ya. Sebutan - hati-hati, 'namun' jangan sebut 'namon'. Jeda kadang-kala tidak dijaga, jadi ada ayat yang panjang dibaca dengan mendatar, tidak ada 'rehat seketika'. 7/8.

Suhaila
Kelancaran, intonasi, jeda dan sebutan dijaga dengan baik. Cuma perlu konsisten, dari awal hingga akhir mesti jaga kelancaran dan jeda. Di akhir teks - kamu lupa terus jeda !8/9

Syaza
Kelancaran, intonasi dan jeda dijaga. Sebutan baku. Cuma di penghujung teks, awak teragak-agak dan ini menjejas kelancaran.

Saya akan tambah lagi komen-komen rakaman baru. Cuma pastikan awak namakan fail dengan betul jadi cikgu tidak tersalah dengar rakaman yang lama pula ! Format menamakan fail : nama awak_kelas_tarikh ( tarikh ini penting kerana dapat membezakan rakaman dahulu dan terkini).

Terima kasih
Cikgu