Thursday, July 8, 2010

Komen 4E Bacaan

Syafiq 4E4
Bacaan Baik keseluruhannya. Intonasi dan jeda yang jelas, lantas kelancaran boleh dikatakan baik. 8/9 ? Mungkin 10 ? Tetapi saya ada terdengar salah sebut perkataan seperti 'masa' yang disebut 'mase'. 'profesional' disebut 'profesionel'. Hati-hati ya!

Adibah 4E5
Bacaan Kelancaran dan jeda baik. Sebutan juga betul dan intonasi baik.Cuba jangan tersasul-sasul yang ! Ada 2 kali yang kamu terpaksa membetulkan bacaan/sebutan. Keseluruhannya 8/9.

Asraf 4E4
Bacaan Sebutan baik cuma kadang-kadang kurang jelas. Kelancaran : bunyinya macam teragak-agak. Intonasi boleh diperbaiki. Agak mendatar. 7/8.

Hakeem Ali 4E4
Bacaan Sebutan baku tidak konsisten ! Banyak perkataan yang berakhir dengan 'a' disebut 'er'. Kelancaran dan intonasi juga boleh diperbaiki. Mendatar. Cuba dengar rakaman Syafiq ataupun Adibah, Luqman. 7/8

Khaliesah 4E4
Bacaan Sebutan baik. Kelancaran baik. Cuma intonasi boleh diasah lagi untuk mendapat 9/10. Jeda ok. Keselurahannya 8/9.

Luqman 4E4
Bacaan Kelancaran dan intonasi baik. Hati-hati memasukkan jeda di tempat-tempat yang sesuai. Sebutan kadang-kala tersilap. 8/9.

Mardhiana 4E4
Bacaan Kelancaran dan intonasi baik. Sebutan juga baku dalam seluruh bacaan. 8/9

NurAtikah 4E5
Bacaan Kelancaran dan intonasi baik. Cuma 'r' awak agak pekat :)Tetapi keseluruhannya baik. Sebutan juga baku. 8/9

Nurul Adilah 4E5
Bacaan Intonasi, jeda, kelancaran baik. Sebutan juga baku - konsisten. Baik. 8/9

Syafiq 4E4
Bacaan Suara sedap macam juruhebah radio ! Kelancaran, jeda dan intonasi baik. Cuma kadang-kala ada bergulung sedikit sebutan seperti 'hal' - huruf l disebut dengan begitu dalam ? Pekat? Bergulung ? Keseluruhannya baik. 8/9.

Syathirah
Bacaan Intonasi baik. Kelancaran ok. Sebutan baku cuma 'r' agak pekat :) Saya dengar 'membolehkan' macam disebut 'memolehkan'. Setelah mendengar rakaman sehingga tamat - saya ingin pastikan, adakah awak ini sedang selesema ? 8/9.

Siti Nazihah
Bacaan Kelancaran, intonasi, sebutan, jeda dijaga dengan baik.9/10.

Ruzaini 4E6
Bacaan Intonasi, jeda dan kelancaran dijaga dengan baik. Sebutannya baku untuk seluruh bacaan. Baik 9/10.

Fazrina 4E8
Bacaan Jeda dan kelancaran baik. Intonasi ada cuma ada bahagian yang dinaikkan suara begitu tinggi....tekannya terlalu sangat.... Bolehkah awak kurangkan 'r' gulung awak ? :) Jangan marah...tetapi terlalu pekat sangatlah. Cuba dengan rakaman Nurul Adillah & Siti Nazihah. 8/9

Dayana 4E4
Bacaan Sebutan ada yang tersalah sebut , 'lega' disebut sebagai 'lehga'. Intonasi, jeda, kelancaran ok, baik. 8/9

Bagi yang lain, saya akan dengar dan berikan komen. Cuma tolong namakan fail dengan betul iaitu nama kamu_kelas_tarikh yang betul.

Terima kasih
Cikgu

No comments:

Post a Comment