Kamu boleh simpan fail untuk mendengar rakaman kamu. Untuk membolehkan kamu mendengar fail kamu itu, setelah kamu simpan ( save ) fail di 'desktop', buka kembali fail tersebut lalu tukarkan kepada 'wav' format. Klik 'File' dalam tingkap "audacity", setelah itu klik "Export file as wav". Maka, tanpa perisian "Audacity" di rumah kamu masih boleh mendengar rakaman kamu itu.
Saya juga akan memasukkan rakaman contoh / pilihan ke dalam lelaman Google Documents. Mereka yang tiada perisian "AUdacity" tidak mengapa kerana saya telah memasukkan fail-fail itu dalam bentuk ".wav", dari itu kamu boleh membuka dan mendengar rakaman itu di rumah. Cuma harus ingat "Nama Pengguna" & "Kata Laluan" ya untuk memasukkan Google Docs itu !
Saya berharap kamu akan dapat meneruskan latihan di rumah ya ! Kamu bolehlah turun muat perisian "Audacity" di rumah dan terus berlatih !
Selamat Berlatih & Selamat Maju Jaya !
No comments:
Post a Comment