Sila berlatih dengan sungguh-sungguh. Gunakan rubrik bagi menilai kelakonan sendiri mahupun rakan-rakan. Setelah selesai berlatih, hantarkan satu salinan rakaman kamu dengan menggunakan nama fail berikut : Amir (nama kamu)_5N (kelas)_020710(tarikh) kepada :
Project Area ( ini boleh didapati di desktop )
Filza
Tugasan
4E/5N/3HML ( pilih kelas yang betul )
Bacaan / Perbualan ( pilih yang mana satu )
Saya akan mendengar rakaman-rakaman kamu dan akan memberikan maklum balas melalui blog ini.
Saya sedang dalam usaha memasukkan rakaman-rakaman yang terpilih agar kamu dapat mendengarnya. Saya akan cuba menggunakan "Google Documents". Setelah berhasil saya akan maklumkannya melalui ruang ini ya !
Selamat Berlatih !
Arahan Bagi Aktiviti Latihan Intensif Lisan
1. Hidupkan komputer dengan menggunakan nama pengguna kamu sendiri ( untuk membolehkan kamu ke “Projects Area”.
2. Ambil peralatan yang perlu
a. Mikrofon
b. Teks latihan lisan
c. Rubrik
3. Mulakan bacaan. Berlatih sehingga sempurna sebelum merakamkan suara kamu. Rakaman terpilih perlu dihantarkan kepada cikgu ( ke “Projects Area” ) dengan nama fail yang standard. ( nama kamu_kelas_tarikh )
4. Sebelum melihat soalan-soalan yang ada di bahagian belakang teks bacaan – cuba teka apakah soalan-soalan yang mungkin ditanya. Ini disebabkan tema soalan-soalan ada kaitan dengan teks yang dibaca !
5. Cuba berbual dengan menjawab soalan-soalan yang tertera di dalam kertas soalan.
6. Rujuk blog saya ( cikgufilza.blogspot.com -----pautan “LISAN 2010” ) untuk dapatkan panduan lisan.
7. Cikgu akan mendengar rakaman kamu dan akan memberikan komen melalui blog tersebut.
Saya minta maaf banyak-banyak kerana saya tidak dapat buka fail awak semua kerana saya tidak perasan bahawa komputer riba saya tiada perisian Audacity !!!! :( Jangan khuatir saya akan cuba selesaikan mendengarnya pada hari Selasa - kalau tidak pun saya akan dapatkan teknisyen untuk memuatkan perisian Audacity ke dalam komputer riba saya !
ReplyDelete